Wednesday, May 19, 2010

Terhebat dalam hatiku

Insan Terhebat

Ingin aku titipkan buat pertama kalinya, insan terhebat dalam hatiku. Kehebatanya menjadikan aku dihargai, disayangi dan akhirnya dapat AKU MENCARI AKU.



Muhammad NURASYRAF bin Mohd. Razip, insan yang aku didik sejak tahun 2009. Tahun 2009 kehadirannnya sama seperti anak-anak didikku yang lainnya. Cuma pada tahun 2010 apabila aku sentuhnya melalui jiwa dan ragaku tatkala dia sukar untuk menjawab soalan-soalanku menyebabkan aku akan menyoalnya setiap kali masuk dalam kelas. Tidak menyangka itu isyarat atas kemerosotan kesihatannya. Selepas dia tiada di sekolah, baharulah aku sedar kehilangannya kerana aku tidak akan dapat lagi melakukan 'genggaman' tanganku itu terhadapnya. Malah aku tersedar bahawa aku sepatutnya lebih peka dengan isyarat anak-anak didikmu. Aku sepatutnya belajar daripada kekurangan ini.
Terima kasih ASYRAF kerana menyedarkanku. SMS terakhirmu menyentuh hatiku,

"Ketika di sekolah cikgu beri ilmu, bila saya di sini (di rumah) cikgu masih membantu. Terima kasih cikgu. Moga Syurga buatmu cikgu. Saya amat menghargainya. Saya sayang cikgu. Asyraf 5 Jaya.".


Sesungguhnya ketahuilah Asyraf, cikgu akan terus menyentuh jiwa, perasaan dan perhatianmu walaupun hanya melalui sentuhan maya. Cikgu akan tetap bersama-samamu sampai bila-bila.

5 comments:

My Life said...

SALAM CIKGU

SEMOGA MEREKA BERDUA DIBERIKAN KEKUATAN....

My Life said...

" Jika kau masih menyimpan peta itu
tunjukkan aku tempat dimana seorang hamba
tertawa usai menahan perih
tersenyum melihat kematian
dan yang mengakhiri kerinduan ini."

p/s : tunjukkan saya cikgu...

INUDIRIN said...

Walaikum Salam.. Terima kasih sudi mampir... Kedua-duanya sedang mengharung saat getir... dan saya akan bersama-sama mengisi ruang mereka.

Saya tak dapat tunjukkan di mana tempat itu, kerana saya pun tidak tahu di mana.. tapi saya teringin ke sana supaya lenyap segala duka dan lara segera...

a.m said...

Assalamualaikum cikgu,

Saya hampir menangis baca entri cikgu di atas ni. Semoga mereka sentiasa kuat. Cikgu, Selamat Hari Guru Cikgu..

INUDIRIN said...

Walaikum salam. Terima kasih aimi kerana turut singgah di sini. Mereka sebenarnya kuat.

Post a Comment