Thursday, May 13, 2010

Kunjungan

Aku mengunjungi pusara abi
rerumput panjang mulai melata
sebab aku sudah lama tidak menjengukmu abi,
aku melihat di kanan kirimu tetapi tiada lagi ruang berbaki,
di manakah aku akan disemadi nanti,
sedangkan aku mahu benar diletakkan di sisimu abi.

butir mutiara menitis persatu dari sudut mataku,
aku tidak tahu mana letak jasadku
apatahlagi letak nesanku
aku perlu teman di sebelahku
sebagaimana pernah kaulakukan sewaktu kecilku,
sewaktu sakitku, sewaktu aku memerlukanmu

aku mengunjungimu abi,
kerana aku rasa tidak lama lagi
aku berada di sebelahmu
aku mengunjungimu abi
kerana aku khuatir aku tak sempat untuk mengujungi pusaramu
mahupun mengunjungi pusara umi lagi
aku mungunjungimu abi
kerana aku khuatir tiada lagi aksara yang dapat kubaca
sementelahan aku telah mulai kehilangannya
tapi biarlah aku berharap dan berdoa agar aku dapat
berada di sebelahmu abi dan umi.



inu walad itu...

inu 1May 2010

0 comments:

Post a Comment