Kerana sesungguhnya
alam anugerah terindah
kita berdiri dan susuri perjalanan hidup
selagi usia membenarkan kita,
Kerana sesungguhnya
kedamaian menjadi impian
insan impikan jalinan kasih sayang
cinta yang tulus, suci dan abadi
tanpa kasih Tuhan, suramlah alam
tiada hias,
Kita miliki segala untuk disyukuri
kita harungi dugaan kerna kejayaan
kita miliki cinta di jiwa untuk kebahagiaan
kita mengasihi kerana kita bersaudara,
Hadirlah kemanisan dan penawar
hapuskan kedukaan rintihan dan tangisan
tangan yang dambakan kasih kita
Ya Allah terangkan jiwa kelam
yang hilang jalan pulang buta di perjalanan
agar kembali merindu bayu segar
dalam damai kehidupan dan kasih sayangmu,
kerana sesungguhnya
alam hanya pinjaman
hayat hanya sementara
diri ini akan kembali jua kepada-Nya
inu...2008
🎞 Regarder Taxi 2 En ligne Gratuit
-
Gratuit Taxi 2 Stream
🎦 Regarder Taxi 2 2018 Films complets Gratuit Streaming En ligne avec
sous-titres français prêt à être téléchargé 💣
[image: Taxi ...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment