Saturday, February 27, 2010

Hidup

Tuhan
dunia-Mu kian kelabu
bayu seskkan rongga nafasku
kerana bercelaru diracun dosa
manusia hilang di dunia nyata

Sedarkah kita
hidup ini dalam takdir-Nya
kita hina kerana kita hamba
bersyukur dunia anugerah istimewa

Kembalikanlah kedamaian
teruskanlah berjalan
sebagai khalifah insan terbilang
damaikan dunia dengan perpaduan
bersatu kita teguh bercerah kita roboh

Semaikan kasih dan sayang
taburkan jasa binalah insan
membangun dengan dunia Islam
selamanya kita dalam kasih sayang-Nya

Alhamdulillah...

Berpeganglah pada al-Quran dan sunah Rasul
jalan yang susah akan mudah dan teratur
teguhkan iman dengan akhlak yang tulus
sempurnalah dan bahagialah hidup...

0 comments:

Post a Comment