Thursday, May 13, 2010

Kenangan Semalam

Hari ini aku menggogoi lagi
mengimbas kenangan
yang aku sendiri tak perhati
rupa-rupanya akulah pencoret diri

Kenangan semalam
tak mungkin kulupa
kauhadir seketika cuma
sekadar menjenguk memeriahkan rasa

aku diberi harapan
tapi aku tidak akan menahan
kalau harapan itu mungkin tak kesampaian
tapi yang aku risaukan
cuma kejujuran bukan menjadi pakaian.

Hari ini aku menanti lagi
aku pun tak pasti
harapan yang kauberi
kau tunaikan atau cuba kauhindari
kerana aku cuma sang penanti...





inu menanti esok...

inu...3 May 2010

Aku Tidak Mahu Berkongsi

Aku tak mahu lagi berkongsi
duka lara ini dengan sesiapa
biarlah aku tahu aku sendiri yang tahu
walau dengan sesiapa
kerana duka lara ini milikku sendiri.

Aku tak mahu lagi berkongsi
kerana aku tidak mahu mereka tahu
dan aku tidak mahu mereka terkedu
tahap kronoiknya duka laraku
mahupun sengsara jiwaku lewat ini.

Biarlah sahaja masa berlalu
melihat orang lain bertambahlah pengalamanku
menumpang kasih pada angin lalu
mendengar khabar pada orang yang sudi bertamu
kerana aku tak mahu
berkongsi duka laraku.




biar inu sendiri.

inu...2 May 2010

Kunjungan

Aku mengunjungi pusara abi
rerumput panjang mulai melata
sebab aku sudah lama tidak menjengukmu abi,
aku melihat di kanan kirimu tetapi tiada lagi ruang berbaki,
di manakah aku akan disemadi nanti,
sedangkan aku mahu benar diletakkan di sisimu abi.

butir mutiara menitis persatu dari sudut mataku,
aku tidak tahu mana letak jasadku
apatahlagi letak nesanku
aku perlu teman di sebelahku
sebagaimana pernah kaulakukan sewaktu kecilku,
sewaktu sakitku, sewaktu aku memerlukanmu

aku mengunjungimu abi,
kerana aku rasa tidak lama lagi
aku berada di sebelahmu
aku mengunjungimu abi
kerana aku khuatir aku tak sempat untuk mengujungi pusaramu
mahupun mengunjungi pusara umi lagi
aku mungunjungimu abi
kerana aku khuatir tiada lagi aksara yang dapat kubaca
sementelahan aku telah mulai kehilangannya
tapi biarlah aku berharap dan berdoa agar aku dapat
berada di sebelahmu abi dan umi.



inu walad itu...

inu 1May 2010

Hilang

Seharian aku mencari,
aksara dan huruf maknawi
tapi aku tidak temui
kerana aksara dan huruf itu telah hilang
dari ingatan
dari ucapan.

aku hilang
satu persatu,
aku hilang aksara dan huruf itu.




tolong inu cari

inu 30 April 2010

Rindu II

Petang ini aku rindu lagi,
pada orang yang telah pergi,
yang saban malam menjelma dalam mimpi,
mungkin minta aku di sisi,
atau mungkin aku terlalu rindu padamu umi...

Usah bimbang aku akan segera datang,
dunia ini pun tempat berdagang,
mencari keredaan dibawa pulang,
sama ada diterima atau dibuang...

aku akan bersamamu sedikit lagi masa,
berikan kupeluang menebus dosa,
membawa pulang berketi pahla,
supaya kita dapat duduk bersama..

aku rindumu dan aku akan pulang.
menemui-Nya dan menemuimu umi..




inu rindu umi

30 April 2010

Rindu


Hari ini
aku rindu
pada yang SATU.

Hari ini
Aku rindu
padamu ALLAH.



inu...29042010

Mak dan Pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

SAYANGILAH IBU ANDA MELEBIHI DIA MENYAYANGI ANDA ...